NEW YORK: Pemain Crotia, Marin Cilic menjulang Grand Slam pertama buat dirinya selepas menundukkan Kei Nishikori dari Jepun 6-3, 6-3, 6-3 pada final tenis Terbuka Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
![Marin Cilic Juara Tennis Terbuka Amerika Syarikat 2014 Marin Cilic Juara US Open 2014](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqj69BBIgio2MyKYXDcoey5TgvD6o-T6BmIfi-w8aHAm1xSm-XYFwNdQUTOugOvHpe3FBt4lXsaWOn_m66Eda2_1in6AFpkDgxR_Opny9XidQ_EXpVxznFJe_LbDFJM79j4SK8XJSF6YM/s1600/Marin+Cilic.jpg)
Pemain pilihan ke-14 itu menyekat kemaraan Nishikori daripada muncul pemain Asia pertama menjuarai kejohanan berprestij itu.
Mereka tidak pernah bertemu dalam aksi Grand Slam sebelum ini di Flushing Meadows sejak 1997.
Perlawanan berlangsung kurang daripada dua jam dengan Cilic membuat 17 pukulan ace dan banyak bergantung kepada pukulan kencang seperti ketika dia menyingkirkan Roger Federer pada saingan separuh akhir.
Setahun lalu, Cilic tidak dapat beraksi pada Terbuka Amerika Syarikat kerana digantung selama empat bulan selepas positif ujian dadah. - AP
0 Response to "Marin Cilic Juara Tennis Terbuka Amerika Syarikat 2014 "
Post a Comment