Francesco Totti Cipta Rekod Penjaring Tertua Champions League | Francesco Totti menjadi penjaring tertua dalam sejarah 22 tahun Liga Juara-Juara Eropah dengan gol penyamaan untuk Roma seri 1-1 dengan Manchester City.
![Francesco Totti Cipta Rekod Penjaring Tertua Champions League Francesco Totti](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv448E7fbR4vi5uSMfMtb2wLnYfpBfy4jclUrZ32XOwo8T2JbD2sevWoLXLI8Npp7osykOqsQjUtL_v2QjKyfV_uyrSQL2ug1pAWrbOksuyq1hgpts0ft7vszhTktPUsq0U6Bk3xQtPRI/s1600/Totti.jpg)
Pelawat dari Itali itu pasti berpuas hati dapat mencuri satu mata daripada pesaing dari England itu yang mana kedua-dua pasukan mahu mengisi tempat kedua Kumpulan E di belakang Bayern Munich.
Roma mempunyai empat mata daripada dua perlawanan manakala City hanya satu mata. Juara Inggeris itu kini sudah lima mata di belakang Bayern.
Totti memecah rekod yang dipegang bintang Manchester United, Ryan Giggs yang berusia 37 tahun 9 bulan apabila beliau menjaringkan gol ketika menentang Benfica pada 2011.
- AP
0 Response to "Francesco Totti Cipta Rekod Penjaring Tertua Champions League"
Post a Comment