Liverpool Bakal Pakai Jersi New Balance Ganti Warrior Musim Depan | Jersi Liverpool Warrior akan dijenamakan semula sebagai New Balance bermula musim 2015/16.
![Liverpool Bakal Pakai Jersi New Balance Ganti Warrior Musim Depan jersi new balance liverpool](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjh7Uw6oQ0_d4nqFxggVwD57BrjtEfHxgW_OfoCgukg7t27kpEiYxOejLcTUP3QVqOse4yIbCh1uqxlkeP9VzkRi_OY4IUAeMsv-1d2azEpIsgAWEx5kBFE3S8Oxo9bNOXkkQEmH-kKDA0/s1600/nb+liv.jpg)
Warrior yang menjadi jenama tajaan di jersi Liverpool ketika ini merupakan anak syarikat New Balance dan perubahan itu tidak akan membawa sebarang perubahan terhadap terma kontrak tajaan yang ditandatangani sejak musim 2012-13.
Perjanjian itu membawa pulangan sebanyak £25 juta setahun kepada Liverpool.
Bagaimanapun contoh jersi yang didedahkan di laman sosial Twitter masih belum disahkan untuk digunakan oleh Liverpool pada musim depan.
Imej digital jersi itu telah didedahkan oleh penyokong Liverpool - mStar online
0 Response to "Liverpool Bakal Pakai Jersi New Balance Ganti Warrior Musim Depan"
Post a Comment